Tuesday, March 12, 2013

SOROTAN MANUSKRIP NOVEL KEMELUT KASIH

Tajuk     :   KEMELUT KASIH
Genre     : Kekeluargaan, Cinta, Dakwah, Humor dan Sedih
Penerbit :   DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
Bilangan muka surat :  451 mukasurat

Komen Penulis : Novel ini paling susah nak buat, dah 3 bulan pun tak habis-habis lagi..

SOROTAN MANUSKRIP:

Begitulah. Segalanya telah ditakdirkan. Lukisan takdir dari Tuhan yang mahu menemukan hati dua insan. Sejak kemalangan di dapur itu, telah beberapa kali Adi disuap makan. Waktu solatnya, Piya membawa air dan mengelap anggota wuduknya dengan tuala. Piya begitu berhati-hati agar tidak berlaku sentuhan. Selain itu, dia juga berusaha untuk tidak memandang wajah Adi. Dia begitu takut pada godaan. Ingatannya dikembalikan ke kampung halamannya yang jauh di Sumatera. Dia tidak mahu melanggar etika kerjanya sebagai pembantu rumah. Dia tahu bahawa layanan itu pasti akan membuahkan perasaan lain di pihak Adi. Sejak awal lagi Adi telah menunjukkan kecenderungan untuk mengambil tahu mengenai dirinya. Piya pasti di dalam hati Adi, tersimpan perasaan yang begitu berbeza dari apa yang dirasakannya. Piya benar-benar rasa takut.


Bagi pihak Adi pula, pada awalnya dia benar-benar malu. Namun, setelah beberapa kali dilayani dengan begitu baik, disuap makan, dan dibantu untuk berwuduk, perasaannya malu berubah menjadi rindu. Matanya tidak dapat ditahan lagi untuk memandang gadis itu setiap kali dilayani. Rasa sakit kedua-dua tangannya itu langsung hilang sebaik Piya berada di sisi. Layanan Piya benar-benar membuatkan Adi terkesima. Dirasakannya, hatinya telah terbang melayang entah ke mana setiap kali dilayani Piya.


Telah dua kali tukang urut hadir ke rumah untuk membertulkan ototnya yang terseliuh itu. Adi berasa kurang senang. Dia benar-benar tidak berharap untuk sembuh. Seumur hidupnya dia tidak pernah dilayani begitu rupa oleh seorang wanita. Walaupun dia sedar Piya hanya menunaikan tanggung jawabnya sebagai pembantu rumah, Adi sebenarnya mengharapkan lebih dari itu. Dia mengharap agar Piya juga punya perasaan seperti apa yang dialaminya.


Puteri pulang dari asrama dua hari kemudian. Tempoh yang begitu lama untuk memberi peluang kepada Adi dilayani Piya. Sebaik pulang, dia meluru melihat abangnya.


“Abang! Allahu akbar. Berbalut tangan. Kesiannya. Macam mana boleh jatuh”.


“Kenapa lambat sangat balik?” sergah Adi, seolah-olah tidak puas hati. Namun sebenarnya yang berada di hatinya pada ketika itu adalah sebaliknya.


“Tak boleh balik cepat, bang. Tengah ‘exam’lah. Inipun jenuh Puteri minta dari warden. Kalau diikutkan minggu ni ada gotong royong”.


“Kesian Kak Piya. Abah nak ditengok, abang pun nak ditengok. Dah jumpa abah?” ujar Adi, seolah-olah masih marah.


“Dah. Dah jenguk dan dah salam tadi. Tak apalah. Nanti Puteri suapkan abang makan ye”, Pujuk sibongsu itu.Adi mengangguk setuju. Namun begitu, di hatinya, hanya Tuhan yang tahu.


Tengah hari itu Puteri menyuapkan nasi kepada Adi. Namun tidak lama, baru dua sudu disuapkan, Adi sudah membebel.


“Kau ni kasarlah Puteri. Ini bukan layan namanya. Ini memaksa. Nak tersedak abang dibuatnya”.


“Eh, abang ni. Dah orang layan banyak songel lah pulak. Meluat betullah. Orang tak balik, disuruh balik. Makan sendirilah”, Puteri mula berleter.


“Tak lah. Suaplah betul-betul. Cedok tu, sikit-sikit sudahlah. Macam mana abang nak kunyah penuh macam tu. Sudahlah sudu tu bukan main besar lagi”.


“Ye lah, ye lah. Puteri ambil sudu lain”, balas Puteri dengan nada rajuk. Dia bergegas ke dapur. Piya yang sedang mencuci pinggan, menoleh kearahnya. Dilihatnys wajah Puteri mencuka. Puteri tercari-cari sudu yang bersaiz lebih kecil.


“Kenapa Puteri?”


“Entah, abang tu. Semuanya tak kena. Kasarlah. Sudu besarlah.”, bebel Puteri. Piya tersenyum. Dia faham apa maksud yang tersirat di hati Adi. Namun, segalanya di telan di lubuk hatinya. Dia membiarkan Puteri melayani abang kandungnya itu. Belumpun beberapa minit Puteri masuk ke bilik Adi, dia keluar semula ke dapur. Pinggan nasi diletak kasar di atas meja.


“Loh… kenapa ya?”


“Meluat. Meluat dengan orang sombong. Dah bawak sudu, complain nasi keringlah, kuah sikitlah. Huh, biar dia lapar”.


Piya mengeluh panjang.


“Tak apalah Puteri. Duduk ya. Biar kak Piya tengokkan Bang Adi”, ujarnya, memujuk gadis yang sedang itu. Puteri memandang Piya dengan wajah yang masih mencuka.


“Biarkan dia, kak Piya. Buat apa dilayan ‘big boss’ tu. Semua orang dalam rumah ni perangainya macam ‘big boss’”, bebel Puteri lagi sambil merengus.


“Sabar dik. Biar kak Piya tengok. Mungkin ada yang tak kena”,ujarnya lalu melangkah ke kamar Adi. Adi terperanjat melihat Piya masuk dengan pinggan nasi tadi. Piya tidak bercakap banyak, dia langsung menyuapkan nasi ke mulut Adi. Wajah Adi yang tadinya sugul, berubah menjadi ceria.


Puteri yang berada di dapur merasakan sesuatu di hatinya. Dia langsung tidak mendengar sebarang bunyi suara dari bilik abangnya. Tiada suara marah-marah seperti apa yang berlaku padanya. Dia mula tidak puas hati. Perlahan-lahan dia berjinkit ke tepi pintu bilik Adi. Dilihatnya wajah Adi begitu ceria. Dia kelihatan begitu manja dengan Piya. Piya diam sahaja. Bila Adi bertanya, Piya hanya mengangguk dan menggeleng. Bila Adi bertanya lagi, Piya hanya menjawab sepatah dua perkataan. Renungan mata Adi terhadap Piya begitu dalam dan jelas pada pengelihatan Puteri. Puteri benar-benar kehairanan. Hatinya mulai menyesaki sesuatu.

********************************************************************************



Puteri masuk ke ruang tamu. Dilihatnya Adi tunduk membisu. Fakhrul sedang menyampaikan sesuatu kepadanya. Tuan Malek dan Mami Ainun sedang memerhati. Mata-mata lain memerhatikan Fakhrul dengan gayanya yang hebat menyampaikan hujah-hujah.


“Adi tak ambil berat tentang ‘kufu’. Mereka tak sekufu dengan kita. Kemudian hari nanti, banyak perkara yang Adi terpaksa hadapi. Macam mana Adi nak hidup di kalangan mereka. Adi bukan pernah susah? Semua yang Adi mahu selama ni Adi dapat bukan?”


“Abang, Adi dah hidup di rantau orang bukan setahun dua. Adi dah hidup berjauhan sejak di awal sekolah menengah lagi. Adi dah susah begitu lama. Adi bukan tak ada pendapatan sendiri. Lagipun Adi bukan nak duduk di tanah tumpah darah Piya. Piya yang akan kekal di sini..” . Belumpun sempat Adi menghabiskan ayatnya, Jariah mencelah.


“Adi. Akak malulah dengan keputusan kau ni. Apa kata orang sekeliling nanti. Ahli keluarga Tuan Malek kahwin dengan orang gajinya. Macam dah tak ada perempuan lain dalam dunia ni. Punyalah jauh kau berjalan, dah berapa banyak negeri yang kau pergi. Akhirnya, orang dalam rumah ni juga yang kau nak sambar. Apa yang Adi fikir dalam kepala Adi hah? Carilah yang berketurunan baik-baik sikit. Ini tidak, entah siapa emak bapanya, entah di mana kampung negerinya. Bukankah ada hadith yang menyatakan wanita tu dikahwini berdasarkan keturunannya, hartanya”.


“Ye lah. Entah apa ubat yang Piya hembus kat kau. Hish, orang pedalaman macam tu, boleh ke percaya ilmu apa yang mereka amal? Kak dah dengar banyak dengar cerita bibik pakai ilmu hitam ni. Last-last adik sendiri yang kena”, Jasmin menyampuk.


“Jasmin, mulut kau jaga. Berdosa tuduh orang macam tu. Piya ni kami kenal. Dia tinggal dengan kita bukan sehari dua. Mama tahu dia ni memang solehah”, Mami Ainun mencelah.


“Ye lah Kak Min. Kak Piya solat awal waktu. Quran tak pernah tinggal. Bukan macam Kak Min. Solat buat pakej, Zohor dengar Asar sekali. Itupun kalau rajin”, bidas Puteri dengan geram, dia sememangnya begitu marah dengan Jasmin sejak pagi itu.


“Diamlah budak kecik. Celik-celik kenal dunia nak lawan orang. Kalau aku tahu mulut jahat macam ni, kecil-kecil dulu aku cekik”, bidas Jasmin.


“Sudahlah tu. Kita nak bincang bukan nak bergaduh. Jasmin, Puteri, jaga mulut. Sampai abah naik angin, korang berdua tak payah balik rumah”, jerkah Tuan Malek. Kedua-dua puterinya itu terdiam.


“Sebenarnya Piya tak mahu pada Adi. Adi yang mahu Piya. Bukan salah Piya pun. Salah Adi. Adi yang pujuk Piya”, Adi membetulkan sangkaan mereka semua. Beberapa mata terbelalak mendengar pengakuan ikhlas Adi itu.


“Wah, orang kampungan macm itupun boleh pikat adik aku, seorang jurutera. Hebat, memang hebat”, bidas Jasmin, terlupa dengan jerkahan ayahnya itu. Perkataannya yang begitu berbisa, pasti akan melukakan hati Piya jika mendengarnya.


“Min,mulut kau ni langsung tak menggambarkan kau ini seorang yang terpelajar. Mentaliti kau memang jauh dari apa yang mama harapkan. Mama malu dengan sikap dan pandangan kau tentang manusia. Sia-sia kau belajar sampai Amerika”, marah Mami Ainun, dia mula panas hati.


Adi mengeluh panjang. Dia memang tidak sukakan suasana rumah itu bila berkumpul. Hampir tidak pernah  aman jika abang dan kakaknya pulang. Faktor itu jugalah yang membawa Adi jauh ke negeri orang. Dia tidak aman dengan rumahnya sendiri.


“Abang. Apa sebenarnya yang menghalang abang melepaskan Piya pada Adi?” soal Adi, ditujukan pada Fakhrul. Fakhrul termanggu-manggu, kemudian bersuara.


“Adi. Selama ini aku tidak pernah ceritakan pada sesiapa pun tentang perkara ini. Tapi hari ini aku perlu beritahu. Aku tak dapat memberi perhatian pada mama dan abah. Sedangkan itu tanggungjawab aku sebagai lelaki pertama dalam keluarga ini. Aku sibuk. Aku ambil pembantu rumah untuk menjaga mama dan abah bagi pihak aku. Akan tetapi, sepertimana yang kita tahu, semua pembantu rumah tidak tahan nak tinggal lama di rumah ini. Semuanya lari. Aku cari pembantu rumah bukan sekejap. Lama tempohnya abang peruntukkan untuk cari seseorang seperti Piya. Piya aku ambil dari pesantren. Setelah aku risik dari beberapa kawan abang di sana, siapa yang mereka lihat terbaik untuk menjaga orang tua yang sakit. Mereka kata, di kalangan pembantu am memang tidak ada. Tapi di kalangan guru agama memang ada. Dia memang terbaik dalam kerjanya. Aku mohon untuk ambil dia dan bayar sejumlah wang pada persantren. Memang sukar untuk mereka lepaskan Piya. Puas juga aku memujuk. Sehingga aku tawarkan sesuatu untuk pesantren. Tidak perlukah kamu semua tahu. Mereka akhirnya lepaskan Piya padaku. Piya terima tawaran ini demi pesantren. Sekarang kamu nak ambil Piya. Aku tidak ada masalah dari segi penghinaan orang. Itu semua tidak penting buat aku. Aku takut, kamu cuma menghargai dia ketika kamu mabuk kepayang dengannya. Setelah kamu miliki dia, bagaimana? Adakah cinta itu akan kekal? Apa nasibnya kemudian hari? Cuba kamu fikirkan? Bila Piya berhenti kerja, perjanjian abang dengan pesantren bagaimana? Wang gaji yang abang hantar pada kampungnya untuk menyara kaum keluarganya, bagaimana?”, soal Fahrul bertubi-tubi. Adi tercengang mendengar luahan Fahrul itu. Dia sering kalah dengan abangnya yang tegas itu. Mereka memang tidak ‘setuju angin’.


“Adi akan sara keluarganya. Bukankah ketika itu Adi menantu mereka?”


“Aku ada perjanjian mereka secara bertulis, bukan sekadar cakap-cakap mulut dan janji manis, Adi. Aku malu jika pihak aku sendiri yang melanggar janji yang telah dimeterai hampir lima tahun yang lalu”.


“Tidak bolehkah kita berjumpa mereka untuk membincangkan semula perkara ini, Fakhrul? Abah nampak tak ada salahnya kalau kita nak kembali berbincang. Mustahil pihak sana tak terima keluarga kita. Lagipun, kita sudah biasa dengan Piya. Kalau Piya jadi menantu abah sekalipun, Piya tentu akan jaga abah dan mama. Tak mungkin dia biarkan abah dan mama begini. Kami dah kenal Piya. Dia memberi tenaganya penuh keikhlasan, bukan kerana wang ringgit. Sekarang kau beritahu abah, apa janji kamu pada pesantren. Abah akan tanggung bagi pihak kamu”.


“Itu juga bukanlah masalah yang utama, abah. Fakhrul cuma perlukan seseorang yang boleh mengambil alih diri Fakhrul untuk menjaga abah dan mama. Fahkrul tak mampu. Kalau Adi ambik Piya, Fakhrul terpaksa cari pembantu lain untuk abah dan mama”.


“Tak perlulah Fakhrul. Kau lepaskan Piya untuk Adi itu satu pengorbanan yang besar ertinya untuk kami berdua. Kau pun tak perlu bayar lagi pada dia. Apa janji kau pada pesantren biar kami yang teruskan”, tambah Tuan Malek lagi.


Fakrul diam dan termenung, begitu panjang. Wajahnya yang segak tetapi serius itu kini menjadi tumpuan semua ahli keluarganya.


“Kenapa kau nak Piya ya? Boleh cari perempuan lain tak? Kau ni betul-betul menyusahkanlah…”, Fahkrul menyoal Adi dengan rasa tidak puas hati. Adi tercengang mendengar kenyataan Fakhrul.  Dia mengalih pandangan pada Tuan Malek, pandangan yang penuh mengharap.


“Fakhrul. Sebenarnya tak ada isu pun. Tak ada satu masalah yang tidak boleh kita selesaikan. Ataupun kau ada masalah lain yang ingin dibincangkan dengan mama dan abah?”


 “Fakhrul nak jumpa abah dan mama, boleh?”pintanya dengan tegas. Semua yang berada di situ kehairanan.


“Selepas kita selesaikan perbincangan ini, atau bila?”


“Kalau boleh, sekaranglah”, kata Fakhrul. Tuan Malek memandang Mami Ainun. Mami Ainun mengangguk.


“Ayuh, kita masuk ke bilik. Kamu semua tunggu di sini”, arah Tuan Malek. Masing-masing yang berada di situ mengangguk. Adi masih lagi kehairanan. Dia merasakan seolah-olah wujud sesuatu rahsia besar yang tidak diketahuinya. Ketiga-tiga mereka masuk ke bilik Tuan Malek.


“Apahal tu?” bisik Jasmin.


“Selalu macam tu kan, macam tak biasa saja kamu ni”, ujar Jariah.

“Itulah kau. Macam tak ada orang lain kau nak sambar. Buat susah orang saja”, marah Jasmin kepada Adi. Adi diam membisu. Segala perkataan orang lain tidak lagi penting pada dirinya. Penderitaannya menahan perasaan selama ini lebih menyakitkan dari segala-galanya.


Lama mereka berbincang di dalam bilik itu. Hampir 20 minit kemudian, mereka keluar semula. Fakhrul terus berdiri tegak di hadapan Adi. Wajahnya dialihkan kea rah tingkap.


“Baik. Sekarang kau janji pada aku, kau dan Piya akan terus jaga mama dan abah sehingga akhir hayat. Keutamaannya adalah mama dan abah,bukan kepentingan diri kau sendiri. Aku ambil Piya untuk  mama dan abah. Sebarang apa yang menyebabkan hidup mama dan abah terjejas, aku akan tentang habis-habisan”, balasnya dengan keras. Jantung Adi bagai direntap mendengar kalimat muktamad Fakhrul. Adi sedar, Fakhrul tidak main-main dengan apa yang keluar dari mulutnya. Dia tidak pernah main-main. Dia akan lakukan apa yang dikatakannya.
*********************************************************************************

“Alhamdulillah, semua ahli keluarga ada di sini. Saya berharap semua dapat menerima dengan hati yang reda, apa-apa sahaja yang telah ditentukan melalui hukum faraidh ini dan apa yang telah diwasiatkan. Sememangnya perolehan apapun, tidak akan pernah mencukupi sekiranya manusia itu tidak mensyukurinya. Ketentuan Allah SWT adalah yang terbaik untuk kita dan haruslah kita yakini. Faham semua?”


“Faham, Tuan Haji”, mereka sekeluarga menjawab hampir serentak.


“Baik. Pemberian hibah yang telah tuan-tuan ketahui adalah pemilikan syarikat Sulung Megah Sdn Bhd kepada tetuan Fakhrul Anwar bin Haji Abdul Malek, berlaku pada tarikh 21 Julai 2010, kira-kira setahun sebelum pemergian Allahyarham Haji Malek. Betul begitu Encik Fakhrul?”


Fakhrul mengangguk.


“Walaupun begitu, pemberian hibah itu hanyalah tertakluk kepada syarikat semata-mata, tidak termasuk keuntungan-keuntungan perniagaan yang terdahulu daripada itu.

Betul Hajah?”


Mami Ainun mengangguk.


“Baiklah. Oleh sebab itu, keuntungan-keuntungan yang terdahulu itu telah kami bahagikan selayaknya mengikut pengiraan Faraidh iaitu anak-anak lelaki adalah 2 bahagian sementara anak-anak perempuan satu bahagian, ibu pula mendapat 1/8 daripada keseluruhan harta Tuan Malek kerana Tuan Malek tidak mempunyai ibu bapa dan adik beradik lain lagi. Harta-harta Allahyarham termasuklah tanah-tanah, wang-wang simpanan, wang-wang yang masih dalam milikan penghutang, simpanan emas, rumah dan kenderaan. Namun begitu, sebahagian daripada simpanan emas Allahyarham dan rumah adalah harta sepencarian, justeru kami telah membuat pengiraan penolakan terhadap harta yang termasuk di dalam milikan Hajah Ainun. Lalu berdasarkan bakinya yang bernilai hampir RM60 juta ringgit, yang sebahagian besarnya adalah dalam bentuk tanah estet, kami menolak pula 1/3 daripadanya untuk pembahagian wasiat pada penama-penama yang terdiri dari beberapa Maahad Tahfiz dan Masjid-masjid di sekitar kawasan inii. Bakinya, kami akan terlebih dahulu mengagihkan mengikut wasiat hibah yang telah diamanahkan kepada pihak kami untuk disampaikan kepada penama-panama yang telah diwasiatkan. Bakinya akan dibahagikan mengikut faraidh, mengikut pecahan yang telah dinyatakan tadi. Dalam pembahagian wasiatnya, Tuan Malek telah menyerahkan sebahagian hartanya kepada empat anaknya iaitu Jariah Jalila, Jasmin Jalila, Adi Hatim dan Puteri Aisya Maisara, terkecuali di dalam pemberian ini adalah Fakhrul Anuar kerana Fakhrul Anwar telah mendapat bahagian yang dihibahkan iaitu Syarikat Sulong Megah Sdn. Bhd. yang bernilai hampir RM25 juta ringgit”, Terang Tuan Haji Tamim.


Adi mengerling Fakhrul. Wajah Fakhrul berubah serta merta mendengarkan makluman itu. Wajah yang tadinya sedia merah menjadi begitu bengis kerana tidak berpuas hati. Adi menoleh kepada Mami Ainun. Tangan Mami Ainun menggigil. Adi segera mengenggam tangan Mami Ainun. Dia faham yang Mami Ainun berasa takut dengan pengumuman itu. Adi mendekati ibunya. Tangannya memeluk belakang Mami Ainun, dan menepuk-nepuk untuk mententeramkan hatinya.


“Berdoalah mama agar semuanya jadi baik”, bisiknya di telinga Mami Ainun. Ibunya mengangguk.


Hampir 20 minit kemudian, Tuan Haji Tamim menyelesaikan penyampaian pengiraan agihan harta faraidh dan wasiat itu. Dia mengingatkan sekali lagi mengenai hak-hak yang perlu dihormati dan keperluan mensyukuri segala nikmat. Dia juga mengingatkan mengenai kepentingan menjaga ikatan kekeluargaan dan keharmonian yang perlu dititik beratkan berbanding harta dunia. Adi mengangguk dan mengucapkan syukur atas segala yang telah dikurniakan Allah SWT kepadanya. Mami Ainun menitiskan air mata. Masing-masing bersiap untuk berangkat pulang. Jariah dan Jasmin mendekati Mami Ainun dan mencium tangan serta mengucapkan terima kasih kepada ibu mereka. Mami Ainun menunggu Fakhrul, namun lelaki itu tidak berganjak dari kerusinya. Wajah mami Ainun bertambah sayu. Air matanya mula bergenang. Dia tahu Fakhrul tidak setuju. Namun apa yang harus dikatakannya, itu semua adalah keputusan Tuan Malek, pemilik harta berkenaan. Dia wajib mentaatinya. Mami Ainun membuka mulut untuk memanggil anak sulungnya itu. Akan tetapi Adi cepat-cepat menahan.


“Ayuh. Tinggalkan tempat ini mama. Biarkan dia. Seorang anak tidak patut membiarkan seorang ibu merendahkan diri untuknya”, bisik Adi. Dia segera melangkah ke pintu dan memimpin tangan Mami Ainun. Puteri telah terlebih dahulu turun. Mereka bergerak perlahan-lahan ke tingkat bawah. Adi dapat mengagak yang sesuatu akan berlaku. Namun, dia tidak menghiraukan Fakhrul. Selepas membantu Mami Ainun memasuki kereta, Adi tidak segera masuk ke dalam kereta, sebaliknya dia menyuruh Puteri menjaga Mami Ainun.


“Abang naik atas sekejap. Tengokkan mama”, bisiknya.


Adi menaiki tangga ke atas. Sebaik tiba di atas, dia merapati badannya ke pintu dan memerhatikan Fakhrul yang masih berada di dalam bilik itu. Fakhrul  sedang bercakap-cakap dengan Tuan Haji Tamim. Adi cuba meneliti butir-butir perbualan mereka.


“Kalau Encik tidak setuju, encik kena buktikan yang harta berkenaan bukan sepencarian. Akan tetapi kami rasa encik akan kalah dalam kes ini kerana setiap harta yang diperolehi semasa dalam perkahwinan adalah harta sepencarian. Sekiranya encik boleh buktikan yang encik juga berhak atas sumbangan Encik terhadap syarikat itu, mungkin kes boleh diteruskan. Namun, umur Encik pada ketika itu adalah terlalu muda dan ia tidak lebih dari membantu orang tua dalam perniagaan”.


“Kalau saya boleh membuktikan berlakunya fraud dalam pemberian wasiat ini, bagaimana?” terdengar suara Fakrul menyanggah. Suaranya begitu kasar, dia sememangnya begitu marah. Kedua-dua peguam itu tercengang melihat kelakuannya.


“Terpulang pada encik. Encik perlu mengambil peguam encik sendiri untuk melawan kes ini bagi pihak encik. Kami tidak dapat berbuat apa-apa selain menyampaikan apa-apa yang termaktub di dalam dokumentasi yang kami ada”.


Adi menghembus nafas. Dia terasa begitu lelah dengan sikap Fakhrul. Dia segera melangkah dengan hati-hati menuju ke bawah, khuatir mereka menyedari yang dia mencuri dengar perbicaraan itu. Dengan segera dia memasuki kereta dan menghidupkan enjin.

SOROTAN MANUSKRIP KEMBARA CINTA KAHAKEA

Tajuk                         :   Kembara Cinta Kahakea.
Genre                         :   Cinta, Dakwah, Tragis, Humor dan Sedih (Sgt2 sedih)
Penerbit                     :   Telaga Biru Sdn. Bhd.
Komen Penulis           :  Novel ini sungguh membahagiakan saya..

SOROTAN DI BAWAH INI ADALAH DARI MANUSKRIP ASAL, KEMUNGKINAN TERDAPAT SEDIKIT PERBEZAAN DENGAN NOVEL YANG DITERBITKAN!!!

Perjumpaan malam itu berlangsung di ruang tamu rumah sewaan mereka. Doktor Ariffin kelihatan serius menyemak fail dan buku-bukunya. Doktor yang sudah separuh abad itu kelihatan segak dengan air muka yang jernih dan riak seorang yang berilmu dan berpengalaman luas. Dia merupakan pakar dalam bidang Antropologi. Banyak penyelidikannya berkaitan dengan penghijrahan dan ketamadunan manusia. Jihad terasa segan dengan cara Doktor Ariffin yang lembut dan berhikmah dalam menyelesaikan banyak masalah.

 

“Baik. Assalamualaikum semua. Bersyukur kita kerana diizinkan Allah SWT untuk menjejakkan kaki kita di bumi Micronesia ini. Sudah hampir 3 hari kita menempuh perjalanan ke sini. Dengan satu misi utama yang telah diamanahkan oleh Yayasan Dalquds kepada kita. Namun kita kena ingat bahawa misi kita ini adalah hidden agenda di sebalik penghantaran kita ke sini. Kita dihantar ke sini atas alasan charity. Namun kita membawa mesej yang lebih penting iaitu memperkenalkan agama kepada penduduk-penduduk di sini. Jadi, kita menjalankan misi serampang dua mata yang akan diharap mendatangkan dua hasil yang sama nilainya iaitu menjaga kebajikan penduduk rantau ini dan dalam masa yang sama, mereka akan dapat mengenali Pencipta mereka yang sebenarnya”, katanya memulakan muqaddimah. Satu persatu wajah rakan seperjuangannya dipandang.

 

“Saya harap kita amat berhati-hati apabila berada di tempat orang”, katanya lagi lalu mengangguk. “Terutamanya di kalangan apperantice kita yang masih muda belia ni. Banyak perkara yang tidak disangka boleh berlaku”.

 

Hati Jihad kembali gusar. Doktor Ariffin memandang tepat ke wajahnya.

 

“Jihad Nuruddin”.

 

“Ya, doktor”.

 

“Kamu akan memainkan peranan yang besar dalam misi ini terutamanya dalam mendekati kanak-kanak dan remaja. Dengan pengetahuan agama yang kami miliki, saya berharap kamu cukup kuat untuk menghadapi segala mehnah dan tribulasi di sepanjang misi kita ini. Selain itu, saya harap kamulah yang menjadi teraju dalam setiap tindakan dan kamu jugalah menjadi tempat rujukan dua orang kawan kamu ini. Saya memberi kepercayaan kepada kamu”.

 

Jihad mengangguk. Kepercayaan yang telah diletakkan oleh Doktor Ariffin seolah-olah mencampakkan bebanan tugas dan amanah yang begitu besar. Terasa amat khuatir akan ketidak mampuannya. Dia beristighfar berulang kali.

 

“Baik. Sekarang, saya mahu ceritakan serba sedikit mengenai tempat yang kita akan tujui. Pulau yang menjadi destinasi kita ini dikenali sebagai Kahakea Island. Ia membawa maksud ‘unreachable’ atau ‘inaccessible’. Dalam bahasa kita, maksudnya tempat yang tidak boleh sampai atau tidak boleh masuk. Pulau ini dahulunya sangat sukar untuk sampai kerana terlalu jauh. Pelbagai halangan terpaksa pelayar tempuhi seperti angin taufan yang kuat dan sejenis kabus tebal yang dikenali sebagai Koahu yang menyebabkan banyak kapal karam kerana berlanggar dengan batu. Pulau ini tersangat jauh berbanding dengan kepulauan Micronesia lain, namun ia masih lagi termasuk dalam Federated States Of Micronesia. Ada apa-apa soalan setakat ni?”

 

“Doktor, kenapa Yayasan Dalquds memilih pulau ini untuk menjalankan misi?” Jihad melontarkan soalan. Dia merasa pelik memikirkan mereka dihantar begitu jauh sedangkan terdapat begitu banyak pulau lain yang telah mereka langkaui, namun tidak menarik minat Yayasan Dalquds untuk menjalankan misi di situ.

 

“Soalan yang baik, tetapi advance. Baik. Saya terangkan dahulu mengenai latar belakang pulau ini. Pulau ini merupakan gugusan pulau cincin atau dalam bahasa inggerisnya dikenali sebagai ‘atoll’. Ia adalah gugusan pulau-pulau kecil yang melingkung berbentuk seperti cincin dengan lautan tengahnya yang begitu cetek, sehingga anda tidak memerlukan bot untuk bergerak dari satu pulau ke pulau yang lain di musim air surut. Dia sebenarnya merupakan pulau terumbu karang yang cantik. Kecantikannya menjadi tarikan utama pelancong datang ke sini. Anda akan berjumpa dengan pelbagai bangsa bila berada di sini. Mereka adalah pelancong-pelancong yang tidak mahu pulang setelah hadir ke sini. Mereka sanggup hidup secara ala kadar dan tidur di mana-mana sahaja asalkan dapat puas berada di sini. Namun begitu, penduduk sebenar di sini terdiri dari tiga bangsa iaitu minoriti kelompok Micronesia, saki baki kelompok Melanesia yang tersisih dari kumpulan Melanesia yang lain dan majoriti kelompok Polinesia. Merekalah yang paling ramai di sini. Kesemua tiga bangsa ini  menggunakan bahasa Malayo-Polinesia dalam perbualan mereka”.

 

“Mereka cakap melayu ke doktor?”, soal Zaid yang sejak tadi tercengang mendengar penerangan Doktor Ariffin.

 

Doktor Ariffin ketawa kecil.

 

“Bukan, Malayo-Polinesia bukanlah bahasa kita. Ia adalah rumpun bahasa yang digunakan oleh penduduk dunia bermula dari Madagascar ke nusantara hinggalah  menjangkau ke Kepulauan Pasifik, tempat kita berada sekarang. Cara nak kenal rumpun bahasa ini adalah penggunaan kata berulang seperti ‘suka-suka’, ‘mata-mata’ dan banyak perkataan lain yang biasa kita pakai. Selain itu sebutan-sebutannya sangat kurang menggunakan huruf konsonan, hanya huruf vowel sahaja yang banyak”.

 

“Ohhhh… saya peninglah doktor. Banyak sangat perkataan ‘nesia’,”Zaid merungut.

 

“Tak apa. Dengar baik-baik. ‘Nesia’ itu asalnya perkataan ‘nesos’ yang bermaksud kepulauan. Saya mahu kamu kenal betul dengan orang-orang ini. Kumpulan Micronesia berwajah kemelayuan. Wajah yang lembut, sedikit seperti orang Filipina. Kulit mereka seperti kita. Sekali lihat, tak ubah macam orang Melayu. Mereka ni kebanyakannya beragama Khatolik. Mereka banyak terpengaruh dengan agama kelompok Micronesia yang berada di pulau lain. Kumpulan kedua, Melanesia. Mereka ni berkulit hitam seperti orang asli Papua New Guinea. ‘Melan’ itu bermaksud hitam. Asal mereka dari rumpun Austronesia, iaitu orang asli Australia. Mereka berambut keriting hitam atau keperangan dan yang perempuan berambut kerinting tebal. Merekalah satu-satunya orang asli di dunia ini yang ada rambut blond, tapi bukan semua. Cara hidup mereka seperti orang-orang Melanesia yang tinggal di Papua, Fiji dan Solomon Island. Mereka memang mendapat pengaruh yang kuat dari suku kaum mereka dan ada yang masih menghubungi kelompok besar mereka di kepulauan Solomon. Mereka ni dahulunya kelompok Cannibal. Kena berhati-hati dengan mereka. Walaupun mereka tidak lagi mengamalkan Cannibalism, mereka tidak boleh diusik sebarangan, mereka tidak kisah untuk membunuh. Kelompok terakhir dan yang utama ialah kaum Polinesia. Mereka ini adalah satu-satunya kelompok Polinesia yang tersesat di kepulauan Micronesia. Asal mereka dari Kepulauan Marquesas. Mereka lari semasa wabak menyerang Marquesas dan membunuh 20,000 orang penduduk. Mereka adalah kelompok yang kuat dan kehidupan mereka sinonim dengan laut. Kaum lelaki mereka segak dan tegap. Macam The Rock. Memang mereka dari bangsa yang sama dengan pelakon Samoa itu. Yang perempuan pula terkenal sebagai salah satu kelompok wanita tercantik di dunia. Inilah mungkin menjadi masalah kepada kamu yang bujang ni. Saya takut ada yang sangkut”, ujar Doktor Ariffin sambil ketawa. Anak-anak muda itu berpandangan sesama sendiri.

 

“Orang pulau pun cantik ke doktor?” Fahim mencebik. Ustaz Safuan Saidi ketawa.

 

“Belum tengok belum tahu. Dah tengok nanti balik kampung pun tak mahu”, Ustaz Safuan Saidi  mengusik lagi. Wajah Fahim merah padam.

 

“Tak ada masalah. Siapa yang sangkut, kita kahwinkan aje. Barulah agama boleh tersebar. Orang Arab dulu-dulu, sanggup berkahwin dengan penduduk tempatan dan bermastautin demi menyebarkan agama. Memang misi kita nak mengembangkan agama pun, bukan begitu? Lagipun kelompok ini pagan. Mereka lebih senang didekati dari kaum Micronesia yang Khatolik itu”, Tuan Haji Abdul Hamid pula mengusik dengan nada serius.

 

“Ohhh… tak nak. Saya nak balik”, tingkah Zaid. Dia kerisauan.

 

“Boleh je. Nak balik bawalah isteri sekali. Naiklah 4, 5 bot macam kita datang ni. Tak jadi masalah kan?” usik Ustaz Zaki Yatim, pengamal perubatan Islam itu. Ketiga-tiga anak muda itu tersenyum sumbing.

 

“Alah, kita orang tahan dugaan lah”, Zaid meningkah. Tidak selesa dirinya diusik begitu.

 

“Tak apa. Itu semua tak penting. Yang penting misi kita. Kita dijangka berada di sini selama setahun. Selepas itu kita akan pulang dan diganti dengan delegasi Yayasan Dalquds yang lain. Tuan Haji dan Ustaz Zaki Yatim akan tunggu di sini sementara kita akan pulang. Tuan haji akan berada di sini untuk menjaga kebajikan delegasi yang akan datang kemudian. Sama seperti kita. Ada beberapa orang pekerja Yayasan Dalquds yang terdahulu menunggu kita di sini. Mereka akan berada di sini sehinggalah kita dapat menjamin kemandirian kita di pulau, barulah mereka akan pulang”.

 

“Oh, begitu. Maknanya daerah ini tidak akan ditinggalkan begitu sahaja”, soal Fahim.

 

“Ya, memang tidak patut ditinggalkan. Apabila Islam telah bertapak di sini, perjuangan untuk meneruskan dan memantapkan akan diteruskan. Jika tidak, agama yang suci ini tidak akan ditegakkan. Generasi akan datang hanya akan mengenali agama ini dalam sejarah sahaja. Terlalu banyak kepulauan di rantau nusantara kita yang menerima nasib sebegini. Contohnya di Seribu Pulau, Indonesia. Kehidupan mereka amat menyedihkan. Penduduk kepulauan yang terpencil hanya Islam pada nama sahaja. Mereka tidak mengenali langsung apa itu Islam apatah lagi mengamalkannya. Adakalanya mereka berkahwin dengan pasangan dari agama lain. Salah siapa ini berlaku? Salah kita. Kita yang mengetahui ini tidak membuat kerja-kerja dakwah”, sahut Haji Abdul Hamid.
**********************************************************************************


Jihad mencecahkan kakinya ke air. Terasa air itu suam-suam. Maklum sahaja baru dipanaskan dek simbahan mentari di sepanjang hari. Warnanya yang begitu membiru. Jihad hairan. Dari manakah hadirnya warna yang biru itu? Refleksi dari langitkah? Boleh jadi. Namun dari mana pula hadirnya warna air yang jernih kehijauan yang begitu banyak kelihatan di Emerald Bay, Pangkor dan sekeliling Langkawi? Langit tidak pernah berwarna hijau bukan? Ah, Jihad pening memikirkan perbezaan warna air laut. Air itu dicedoknya dan diangkat, warnanya berubah jernih. Kebiruan itu hilang.

 

Jihad meletakkan pakaiannya di atas batu besar. Kemeja T nya ditanggalkan. Kulitnya yang putih kuning nampak segar disinari cahaya mentari petang. Bintik-bintik peluh mulai kelihatan. Dia mencari lokasi yang sesuai lantas menjunam ke air. Batu besar tempat dia meletakkan pakaian itu nampaknya lokasi yang cantik. Apalagi batu itu dipanjatnya hingga ke atas. Tangannya didepangkan. Tubuh tinggi lampainya tampak tegak bagaikan tiang. Dengan pantas dia membuat terjunan ke dalam air yang jernih bagai kristal itu. Tenggelam tubuhnya ke dalam air hingga ke dasar. Jihad menyelam dan kemudian timbul semula. Dia berasa puas.

 

Jihad menyelam lagi hingga ke jauh ke tengah laut. Banyak karangan hidup terdapat di situ. Kipas laut dan span begitu banyak. Karang laut berbentuk cendawan berlapis-lapis dan berwarna-warni. Ikan karang pelbagai warna mengelilingi dan mendekatinya. Saiz ikan-ikan itu begitu besar. Jihad pernah melihat ikan begitu semasa membawa ibunya ke Pulau Payar, Langkawi dan Pulau Perhentian, Terengganu. Namun saiznya tidak sebesar ini. Ikan kakak tua yang paling menarik, dengan warna biru kehijauan dan palitan kuning. Ikan pelawak yang lebih dikenali dengan nama watak animasi nemo begitu banyak bermain-main di celah-celah umbaian anemone laut. Sungguh indah. Jihad benar-benar teruja sehingga dia tidak menyedari dirinya begitu jauh melepasi kawasan berpagar.

 

Sedang asyik leka memerhati hidupan air itu, tiba-tiba Jihad terasa kakinya disengat sesuatu. Bisanya menyusup bagaikan terkena renjatan elektrik. Jihad memandang sekilas. Dia tidak nampak apa-apa kecuali haiwan kecil kehitaman berbentuk seperti buah rambutan. Ah, landak laut. Jihad disengat landak laut!

 

Kakinya yang disengat terasa kejang. Jihad menguak-nguak sebelah kakinya dan tangannya membawa dirinya ke pantai. Kaki kirinya terasa begitu sakit hingga tidak lagi dapat digerakkan. Bisanya mula menjalar ke seluruh badan. Jihad terasa pening. Dia tidak begitu jauh dari pantai namun kesahitan itu begitu memayahkan dia berenang ke pantai. Pandangannya terasa begitu kabur.

 

Dari jauh Jihad ternampak kelibat manusia. Jihad melaung.

 

“HELP ME!!”

 

Orang yang berada di pinggir laut itu segera menoleh ke arahnya. Dia segera terjun ke laut , berenang mendekati Jihad dan menariknya tangannya menuju ke pantai. Jihad berenang dengan pandangan yang kabur. Seketika kemudian, sebelah kakinya mencecah dasar laut. Dia berusaha menguak-nguak tangannya kembali hingga tiba di pantai.  Tiba dipinggir pantai dia jatuh tersembam di situ. Bisa itu terasa menular di seluruh tubuhnya.

 

“Don’t panic. It’s okay. It’s only sea urchin. You’ll be okay”, kedengaran suara seorang wanita!

 

Jihad mengalih, cuba melentangkan tubuhnya. Wanita itu membantu. Jihad mengerang kesakitan. Matanya dipejamkan.

 

“Allahu akbar! Allahu akbar!” ulangnya berkali-kali sambil cuba menggerakkan kakinya yang kejang. Wanita itu bangun dan berlari ke pokok-pokok renek berhampiran. Dia menarik beberapa helai daun. Jihad tidak pasti apa yang dilakukannya. Seketika kemudian dia terasa kakinya dipalit sesuatu. Jihad membuka matanya. Memandang sekeliling. Kakinya terasa kebas. Kesakitan yang menjalar keseluruh tubuhnya terasa sedikit berkurangan. Jihad mencari-cari gerangan yang bersuara itu. Dia mengangkat sedikit wajahnya. Dia terlihat wanita itu di hujung kaki. Memandang padanya dengan senyuman.

 

“Are you feeling okay now”, soalnya sambil tersenyum. Wanita itu sungguh cantik. Tubuhnya ditutupi pakaian tradisional tempatan. Rambutnya ikal mayang dan panjang hingga ke pinggang. Ia berwarna kuning keemasan seperti bulu jagung. Rambutnya itu dihiasi lilitan bunga seperti tiara. Perhiasan bunga-bungaan dikarang juga menutupi baju di bahagian dadanya. Dia kelihatan basah. Jihad terpana melihatnya. Seolah-olah seorang bidadari bersimpuh di hadapan matanya.

 

Jihad tersedar dari lamunan. Dia segera mengalih pandangan matanya. Jihad mengangguk. Dia berusaha bangun. Wanita itu mendekatinya untuk membantu. Jihad segera menahan.

 

“No…no…It’s okay. I’ll do it myself”

 

“Are you a Muslim”, soal wanita itu. Jihad tersintak. Kemudian dia mengangguk. Wajahnya memandang ke arah lain.

 

“You stay at that Yayasan Dalquds building?” soalnya. Jihad mengangguk.

 

“You want me to bring you home?” soalnya lagi. Jihad mencuba untuk bangun. Setelah berjaya mengimbangkan tubuhnya. Jihad cuba melangkah. Dia berjaya melangkah walaupun terasa sakit.

 

“I’m okay. Thank you very much. May Allah bless you”,kata Jihad sambil mengangguk hormat. Dia menapak selangkah demi selangkah. Wanita itu menurutinya dari belakang. Langkahnya begitu perlahan. Namun diusahakan juga. Jihad perasan wanita itu tidak meninggalkannya. Dia mengikut langkah Jihad dari belakang sehinggalah Jihad tiba di kawasan berpagar. Jihad memegang tiang pagar. Melepaskan lelah di situ. Dia menoleh ke belakang. Wanita itu memadangnya dengan senyuman. Jihad terpana lagi. Wanita itu sungguh cantik!

 

Jihad cepat-cepat mengalih pandangan ke arah lain.

 

“Thank you”, ulang Jihad. Wanita itu memusing tubuhnya dan pergi dari situ.

 

Jihad tunduk. Sehingga wanita itu jauh darinya. Dia menoleh. Terlihat olehnya pakaian wanita itu yang agak lengkap berfesyen tradisional. Bajunya yang dihiasi bunga-bunga dan kain paras betisnya yang berurai manik. Rambutnya yang panjang mencecah pinggang bersinar keemasan disuluh mentari petang, terbuai-buai ditiup angin. Siapakah dia? Kenapakah dia kelihatan terlalu cantik? Bagaimanakah dia mengetahui bahawa Jihad seorang Muslim? Berbagai pertanyaan menghujani benaknya.

 

Jihad terus berlalu ke atas. Kakinya yang sakit itu dihincut perlahan-lahan menaiki tangga menuju ke bilik. Badannya yang tadi begitu segar mula menjadi dedar. Terasa seperti mahu demam. Dia merebahkan badannya ke katil. Malam itu Jihad tidak turun ke dewan makan. Dia demam. Pada mulanya dia mahu merahsiakan tentang kejadian itu, namun setelah Zaid dan Fahim menekan tanya, dia akhirnya mengaku juga, namun dia tetap merahsiakan tentang wanita itu.

 

“Aku dah agak dah. Mesti ada sesuatu akan berlaku. Aku rasa tak sedap hati sangat masa kau sebut nak ke laut,”ujar Fahim.

 

“Cakap pun tak guna, benda dah jadi. Sekarang ni aku nak minta tolong kau orang berdua ambik nasi. Aku lapar jugak ni”.

 

“Kalau Haji tanya nak cakap apa?”

 

“Cakaplah aku deman. Tapi tak payahlah beritahu yang aku kena landak laut. Nanti dia halang kita semua ke laut. Tak merasalah aku nak menyelam lagi”.

 

“Dah sakit pun masih ingat laut lagi?” marah Zaid.

 

“Kau tak tahu, memang bestlah dalam laut tu. Macam-macam spesis ada. Terpukau aku dibuatnya”.

 

“Yelah. Terpukau. Nasib baik tak terkubur dalam laut tu”, leter Zaid lagi. Dia membelek-belek kaki Jihad yang kebiru-biruan. “Lain kali kalau kami tak ada, kau janganlah pergi. Hari ni landak laut. Esok belut letrik pulak. Minggu depan, jerung pulak. Macam-macam”.

 

“Heii… orang ni kalau berleter mengalahkan mak cik-mak cik”, Fahim menyampuk. Dia segera turun ke dewan makan mengambil nasi.

 

“Esok dah kelas tau. Apa aku nak kata?”

 

“Kau pergi kelas aku. Kau bagitau yang aku demam. Kelas tangguh sampai aku sihatlah”.

“Hmm.. okeylah”.

 ***************************************************************************

Kelas berakhir hampir dua jam kemudian. Semua pelajar bergegas keluar selepas mengucapkan terima kasih kepada Jihad. Jihad memerhati satu persatu pelajarnya keluar. Elima telah meninggalkan kelas. Jihad melihat Elima dari ekor matanya. Kemudian matanya mengarah kepada Aukanai’i . Pemuda itu tidak bangun dari kerusinya, dia  memandang Elima hingga gadis itu hilang dari pandangannya. Sebagai seorang lelaki, Jihad dapat memahami hatinya melalui gerak lakunya. Jihad memanggil pelajarnya itu.

 

“Aukanai’i. Come here please”.

 

Pemuda itu tersintak. Dia lantas menoleh kea rah Jihad.

 

“You call me Sir?”

 

Jihad mengangguk. Aukanai’i segera menuruni platfom menuju ke bawah. Dia melangkah cepat mendekati Jihad. Jihad melihat keseluruhan bilik itu. Tiada siapa di  situ kecuali dirinya dan Aukanai’i. Jihad memandang pemuda itu dengan senyuman. Aukanai’i kelihatan jauh lebih besar dari dirinya. Ketinggian Jihad yang hampir enam kaki itu mampu dikalahkan oleh pemuda yang bertubuh sasa itu. Dia lebih tinggi dan lebih tegap. Namun, dia seorang yang bersopan.

 

“Yes Sir. Anything you wanna ask me?”

 

“Have a sit first”, Jihad mempelawa. Aukanai’i menarik kerusi dan melabuhkan duduk di hadapan gurunya.

 

Jihad tersenyum lagi. Aukanai’i kehairanan.

 

“Why Sir?”

 

“I want to ask you a question. But I want you to answer, a truthful answer. Do not hide anything in your heart”.

 

Wajah Aukanai’i berkerut.

 

“Yes, Sir. I’ll give you the answer”, ujar Aukanai’i dengan begitu yakin.

 

“Do you have any special feeling towards Elima Tino Aroha?” soal Jihad dengan berterus terang. Aukanai’i tergamam. Dia tersenyum, lantas memandang ke arah lain.

 

“You said you wanna give me the truthful answer?’

 

Aukanai’i lantas tunduk dan ketawa. Jihad memandang gelagatnya. Dia tidak menjawab. Jihad segera faham.

 

“Can I take it as ‘yes’?”

 

Agak lama Aukanai’i termanggu-manggu. Dia kemudiannya mengangguk.

 

“Have you declared your feeling toward her?”

 

Aukanai’i menggeleng.

 

“Why?”

 

Aukanai’i mengeluh panjang. Riak wajahnya berubah, menjadi sedih.

 

“No point Sir. She can’t marry anybody”.

 

“She can’t? Why?”

 

“She is destinated to be a nun”.

 

“What do you mean by ‘destinated’?”

 

“Well. During the death of her parents, her grandmother saved her. The church helped her, to take Elima from her father’s relatives. She is supposed to be killed by the age of 5 months because both ethnics claimed that Elima belonged to them, they quarrelled a lot before they agreed that none of the ethnics should get her and she should be killed. But then the curch made some sort of agreement with the temple. They agreed to give Elima to the church, provided that it   follows the terms and conditions. Elima should not marry anybody among Melanesian, Micronesian and Polynesian. She should live alone till she  dies. That’s why the church trained her to be a nun”.

 

“Why can’t a Christian marries Elima?”

 

“Hmm…It sort of unfair if the group of people who claimed to save Elima suddently takes her as their own people…Well, I don’t know how to explain but the heads of ethnics have already warned the Christian not to betray the agreement”.

 

Jihad mengangguk. Kini dia lebih jelas dengan situasi yang menimpa gadis itu.

 

“Aukanai’i. Have you ever prayed to your God to have her as your spouse?” soal Jihad, menduga.

 

“Yes, I have. But even Tiki God stayed in Havaiki without a wife. He created his own wife using a mound of sand. He left it for three days, and when he came back, a living woman was developed and he made her his wife and named her Hina-tu-na-one. I think there’s another ‘Power God’ that created her when Tiki God left the sand for three days. I wanna seek His mercy to get Elima. Tiki and his children Atia and Atuana have less power. I’ve been asking for Elima many years from Tiki God but it seems that….my pray is never answered” Aukanai’i berkata dengan sedih.

 

“Would you like me to give you one suggestion?”

 

“Yeah”.

 

“I will tell you about a better God. Where you can submit and pray direct to Him. Without any other creature in between you and Him, and He will answer your pray directly or indirectly. If your request is good for you He will grant. Otherwise He will give you something better, something that you really need, not what you want”.

 

“But it is sinful to put a trust on other people’s God”.

 

“I’m so sorry. How are you so sure that you’re on the right path and other people, even the majority that live in China, India and USA are wrong? As far as religion is concerned, there are no two right religions. Only one is right. The others are wrong. You must be very careful in choosing what to believe. Do not simply trust what is already been practiced by your ancestors. It might be that they were all wrong”. Jihad menerangkan dengan bersungguh-sungguh. Dari cara Aukanai’i mempertikaikan Tuhannya itu, Jihad tahu lelaki itu adalah seorang yang rasional.

 

“Can it be that all the religions are right?”,  soal lelaki itu. Jihad tersenyum.

 

“Can it be that there are two presidents in a country? And both of them have the same opinion, the same plan and the same style of governing? Never quarrel? Never fight each other?” soal Jihad pula. Aukanai’i terdiam.

 

“ Have you ever heard of any family whose members never disagree which each other. Not even once”.

 

“No”.

 

“Same goes about God. God shouldn’t have any family. God does not need a family. God shouldn’t have a human behaviour. God shouldn’t quarrel and take revenge like what we always heard about most of Paganese God. God must be the most powerful entity. He needs nobody but He is needed by all creatures. He creates each and every single thing in this world. That means everything in this world is His creation. The only creator is Him, alone. The only governor is Him, alone. He doesn’t need another God for fire, God for Love and God for rain. If he needs a company, that’s mean he is less powerful”, Jihad memberi ceramah panjang. Aukainai’i terpaku mendengar tutur katanya. Benar-benar kagum mendengar satu fahaman baharu yang begitu berlainan tetapi begitu logik.

 

******************************************************************************** 

 
Sekonyong-konyong Elima bangun, tangannya ditekup ke mukanya. Dia melangkah pantas menuju ke luar bilik. Jihad pasti dia menangis. Elima melangkah ke bawah pohon cemara rendang di luar kelas, tidak jauh dari pantai.

 

Jihad memandang ke Margarietta dan Stephanie.

 

“Why Sir? What happenned?”

 

“Please wait. I need to rectify this..”,Jihad langsung mengikut langkah Elima. Elima berhenti di bawah pokok. Dia mengesat-mengesat air matanya. Hati Jihad bagai diruntun untuk memujuknya.

 

“Elima. Please listen”, panggilnya. Elima tunduk memandang butir-butir pasir.

 

“Aukanai’i is your Muslim brother. He loves you and cares about you”.

 

“I know. But… I don’t have any special feeling towards him”.

“Why can’t you love him? He is a good man”, soal Jihad.

 

“No, I’ve tried many times. But I failed”.

 

“May be one day you’ll love him”.

 

“That won’t happen. I’ve given my heart to somebody else”, ujar Elima lantas menitiskan air mata semula. “I love you Sir. It has been so long…” katanya lalu memandang tepat ke wajah gurunya.

 

Jihad terkelu. Tidak ada pujukan lagi yang mampu menahan kepedihan hatinya mendengar pengakuan itu. Dia pasti Elima begitu menderita akibat tindakan dan keputusan yang diambilnya.

 

“How dare to pretend not knowing it?” soal Elima, suaranya sedikit meninggi, dia benar-benar kecewa. Jihad tidak ada pilihan lain.

 

“Elima, I love you too”, Jihad akhirnya menyingkap perasaan hatinya. Elima terkesima. Dia memandang wajah Jihad yang kini tunduk.

 

“As a teacher?” soalnya.

 

Jihad menggeleng.

 

“They way Adam loves Eve”, kata Jihad. Elima terasa bagaikan mimpi mendengar kalimat itu dari seorang yang benar-benar dicintainya. Dia menyandarkan tubuhnya di pokok. Kakinya terasa lemah.

 

“But there’s now way for us to be together”, pintas Jihad, tegas. “No way”.

 

“Why?” soal Elima, sayu.

 

“I’ve been telling you many times. Your future is to be with your people. I’m an outsider. I come here with a very special mission”.

 

Elima termenung jauh. Kesedihan menyelubungi hatinya. Namun, pengakuan itu sudah cukup untuk mengubat segala luka yang ada

 

“If you really love me please do this for me”.

 

“You want me to marry Aukanai’i?”


 

Jihad mengangguk.

 

“I will do it for you. Your love gives me strength to go on with my miserable life. I love you Sir. Very much, I don’t know how to explain it. I’ll do whatever you want me to do”, Elima bersetuju. Namun air matanya mencurah bagaikan hujan, membasahi wajahnya yang jelita. Jihad tidak sanggup memandang. Dia tidak mahu keputusan itu berubah kerana kecintaannya itu. Jihad terus melangkah pulang tanpa menoleh lagi.