Tajuk : Kembara Cinta Kahakea.
Genre : Cinta, Dakwah, Tragis, Humor dan Sedih (Sgt2 sedih)
Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd.
Komen Penulis : Novel ini sungguh membahagiakan saya..
***************************************************************************
********************************************************************************
Genre : Cinta, Dakwah, Tragis, Humor dan Sedih (Sgt2 sedih)
Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd.
Komen Penulis : Novel ini sungguh membahagiakan saya..
SOROTAN DI BAWAH INI ADALAH DARI MANUSKRIP ASAL, KEMUNGKINAN TERDAPAT SEDIKIT PERBEZAAN DENGAN NOVEL YANG DITERBITKAN!!!
Perjumpaan malam itu berlangsung di ruang tamu rumah sewaan mereka. Doktor Ariffin kelihatan serius menyemak fail dan buku-bukunya. Doktor yang sudah separuh abad itu kelihatan segak dengan air muka yang jernih dan riak seorang yang berilmu dan berpengalaman luas. Dia merupakan pakar dalam bidang Antropologi. Banyak penyelidikannya berkaitan dengan penghijrahan dan ketamadunan manusia. Jihad terasa segan dengan cara Doktor Ariffin yang lembut dan berhikmah dalam menyelesaikan banyak masalah.
Perjumpaan malam itu berlangsung di ruang tamu rumah sewaan mereka. Doktor Ariffin kelihatan serius menyemak fail dan buku-bukunya. Doktor yang sudah separuh abad itu kelihatan segak dengan air muka yang jernih dan riak seorang yang berilmu dan berpengalaman luas. Dia merupakan pakar dalam bidang Antropologi. Banyak penyelidikannya berkaitan dengan penghijrahan dan ketamadunan manusia. Jihad terasa segan dengan cara Doktor Ariffin yang lembut dan berhikmah dalam menyelesaikan banyak masalah.
“Baik.
Assalamualaikum semua. Bersyukur kita kerana diizinkan Allah SWT untuk
menjejakkan kaki kita di bumi Micronesia ini. Sudah hampir 3 hari kita menempuh
perjalanan ke sini. Dengan satu misi utama yang telah diamanahkan oleh Yayasan Dalquds
kepada kita. Namun kita kena ingat bahawa misi kita ini adalah hidden agenda di sebalik penghantaran
kita ke sini. Kita dihantar ke sini atas alasan charity. Namun kita membawa mesej yang lebih penting iaitu
memperkenalkan agama kepada penduduk-penduduk di sini. Jadi, kita menjalankan
misi serampang dua mata yang akan diharap mendatangkan dua hasil yang sama
nilainya iaitu menjaga kebajikan penduduk rantau ini dan dalam masa yang sama,
mereka akan dapat mengenali Pencipta mereka yang sebenarnya”, katanya memulakan
muqaddimah. Satu persatu wajah rakan seperjuangannya dipandang.
“Saya harap kita
amat berhati-hati apabila berada di tempat orang”, katanya lagi lalu
mengangguk. “Terutamanya di kalangan apperantice
kita yang masih muda belia ni. Banyak perkara yang tidak disangka boleh
berlaku”.
Hati Jihad
kembali gusar. Doktor Ariffin memandang tepat ke wajahnya.
“Jihad
Nuruddin”.
“Ya, doktor”.
“Kamu akan
memainkan peranan yang besar dalam misi ini terutamanya dalam mendekati
kanak-kanak dan remaja. Dengan pengetahuan agama yang kami miliki, saya
berharap kamu cukup kuat untuk menghadapi segala mehnah dan tribulasi di
sepanjang misi kita ini. Selain itu, saya harap kamulah yang menjadi teraju
dalam setiap tindakan dan kamu jugalah menjadi tempat rujukan dua orang kawan
kamu ini. Saya memberi kepercayaan kepada kamu”.
Jihad mengangguk.
Kepercayaan yang telah diletakkan oleh Doktor Ariffin seolah-olah mencampakkan
bebanan tugas dan amanah yang begitu besar. Terasa amat khuatir akan ketidak
mampuannya. Dia beristighfar berulang kali.
“Baik. Sekarang,
saya mahu ceritakan serba sedikit mengenai tempat yang kita akan tujui. Pulau
yang menjadi destinasi kita ini dikenali sebagai Kahakea Island. Ia membawa maksud ‘unreachable’
atau ‘inaccessible’. Dalam bahasa
kita, maksudnya tempat yang tidak boleh sampai atau tidak boleh masuk. Pulau
ini dahulunya sangat sukar untuk sampai kerana terlalu jauh. Pelbagai halangan
terpaksa pelayar tempuhi seperti angin taufan yang kuat dan sejenis kabus tebal
yang dikenali sebagai Koahu yang
menyebabkan banyak kapal karam kerana berlanggar dengan batu. Pulau ini
tersangat jauh berbanding dengan kepulauan Micronesia lain, namun ia masih lagi
termasuk dalam Federated States Of Micronesia. Ada apa-apa soalan setakat ni?”
“Doktor, kenapa Yayasan
Dalquds memilih pulau ini untuk menjalankan misi?” Jihad melontarkan soalan.
Dia merasa pelik memikirkan mereka dihantar begitu jauh sedangkan terdapat
begitu banyak pulau lain yang telah mereka langkaui, namun tidak menarik minat Yayasan
Dalquds untuk menjalankan misi di situ.
“Soalan yang
baik, tetapi advance. Baik. Saya
terangkan dahulu mengenai latar belakang pulau ini. Pulau ini merupakan gugusan
pulau cincin atau dalam bahasa inggerisnya dikenali sebagai ‘atoll’. Ia adalah gugusan pulau-pulau
kecil yang melingkung berbentuk seperti cincin dengan lautan tengahnya yang
begitu cetek, sehingga anda tidak memerlukan bot untuk bergerak dari satu pulau
ke pulau yang lain di musim air surut. Dia sebenarnya merupakan pulau terumbu
karang yang cantik. Kecantikannya menjadi tarikan utama pelancong datang ke
sini. Anda akan berjumpa dengan pelbagai bangsa bila berada di sini. Mereka
adalah pelancong-pelancong yang tidak mahu pulang setelah hadir ke sini. Mereka
sanggup hidup secara ala kadar dan tidur di mana-mana sahaja asalkan dapat puas
berada di sini. Namun begitu, penduduk sebenar di sini terdiri dari tiga bangsa
iaitu minoriti kelompok Micronesia, saki baki kelompok Melanesia yang tersisih
dari kumpulan Melanesia yang lain dan majoriti kelompok Polinesia. Merekalah
yang paling ramai di sini. Kesemua tiga bangsa ini menggunakan bahasa Malayo-Polinesia dalam
perbualan mereka”.
“Mereka cakap
melayu ke doktor?”, soal Zaid yang sejak tadi tercengang mendengar penerangan
Doktor Ariffin.
Doktor Ariffin
ketawa kecil.
“Bukan,
Malayo-Polinesia bukanlah bahasa kita. Ia adalah rumpun bahasa yang digunakan
oleh penduduk dunia bermula dari Madagascar ke nusantara hinggalah menjangkau ke Kepulauan Pasifik, tempat kita
berada sekarang. Cara nak kenal rumpun bahasa ini adalah penggunaan kata berulang
seperti ‘suka-suka’, ‘mata-mata’ dan banyak perkataan lain yang biasa kita
pakai. Selain itu sebutan-sebutannya sangat kurang menggunakan huruf konsonan,
hanya huruf vowel sahaja yang banyak”.
“Ohhhh… saya
peninglah doktor. Banyak sangat perkataan ‘nesia’,”Zaid merungut.
“Tak apa. Dengar
baik-baik. ‘Nesia’ itu asalnya perkataan ‘nesos’ yang bermaksud kepulauan. Saya
mahu kamu kenal betul dengan orang-orang ini. Kumpulan Micronesia berwajah
kemelayuan. Wajah yang lembut, sedikit seperti orang Filipina. Kulit mereka
seperti kita. Sekali lihat, tak ubah macam orang Melayu. Mereka ni
kebanyakannya beragama Khatolik. Mereka banyak terpengaruh dengan agama
kelompok Micronesia yang berada di pulau lain. Kumpulan kedua, Melanesia.
Mereka ni berkulit hitam seperti orang asli Papua New Guinea. ‘Melan’ itu bermaksud hitam. Asal mereka dari rumpun
Austronesia, iaitu orang asli Australia. Mereka berambut keriting hitam atau
keperangan dan yang perempuan berambut kerinting
tebal. Merekalah satu-satunya orang asli di dunia ini yang ada rambut blond, tapi bukan semua. Cara hidup
mereka seperti orang-orang Melanesia yang tinggal di Papua, Fiji dan Solomon
Island. Mereka memang mendapat pengaruh yang kuat dari suku kaum mereka dan ada
yang masih menghubungi kelompok besar mereka di kepulauan Solomon. Mereka ni
dahulunya kelompok Cannibal. Kena
berhati-hati dengan mereka. Walaupun mereka tidak lagi mengamalkan Cannibalism, mereka tidak boleh diusik
sebarangan, mereka tidak kisah untuk membunuh. Kelompok terakhir dan yang utama
ialah kaum Polinesia. Mereka ini adalah satu-satunya kelompok Polinesia yang
tersesat di kepulauan Micronesia. Asal mereka dari Kepulauan Marquesas. Mereka
lari semasa wabak menyerang Marquesas dan membunuh 20,000 orang penduduk. Mereka
adalah kelompok yang kuat dan kehidupan mereka sinonim dengan laut. Kaum lelaki
mereka segak dan tegap. Macam The Rock. Memang mereka dari bangsa yang sama
dengan pelakon Samoa itu. Yang perempuan pula terkenal sebagai salah satu kelompok
wanita tercantik di dunia. Inilah mungkin menjadi masalah kepada kamu yang
bujang ni. Saya takut ada yang sangkut”, ujar Doktor Ariffin sambil ketawa.
Anak-anak muda itu berpandangan sesama sendiri.
“Orang pulau pun
cantik ke doktor?” Fahim mencebik. Ustaz Safuan Saidi ketawa.
“Belum tengok
belum tahu. Dah tengok nanti balik kampung pun tak mahu”, Ustaz Safuan Saidi mengusik lagi. Wajah Fahim merah padam.
“Tak ada
masalah. Siapa yang sangkut, kita kahwinkan aje. Barulah agama boleh tersebar.
Orang Arab dulu-dulu, sanggup berkahwin dengan penduduk tempatan dan bermastautin
demi menyebarkan agama. Memang misi kita nak mengembangkan agama pun, bukan
begitu? Lagipun kelompok ini pagan. Mereka lebih senang didekati dari kaum
Micronesia yang Khatolik itu”, Tuan Haji Abdul Hamid pula mengusik dengan nada
serius.
“Ohhh… tak nak.
Saya nak balik”, tingkah Zaid. Dia kerisauan.
“Boleh je. Nak
balik bawalah isteri sekali. Naiklah 4, 5 bot macam kita datang ni. Tak jadi
masalah kan?” usik Ustaz Zaki Yatim, pengamal perubatan Islam itu. Ketiga-tiga
anak muda itu tersenyum sumbing.
“Alah, kita
orang tahan dugaan lah”, Zaid meningkah. Tidak selesa dirinya diusik begitu.
“Tak apa. Itu
semua tak penting. Yang penting misi kita. Kita dijangka berada di sini selama
setahun. Selepas itu kita akan pulang dan diganti dengan delegasi Yayasan Dalquds
yang lain. Tuan Haji dan Ustaz Zaki Yatim akan tunggu di sini sementara kita
akan pulang. Tuan haji akan berada di sini untuk menjaga kebajikan delegasi
yang akan datang kemudian. Sama seperti kita. Ada beberapa orang pekerja Yayasan
Dalquds yang terdahulu menunggu kita di sini. Mereka akan berada di sini
sehinggalah kita dapat menjamin kemandirian kita di pulau, barulah mereka akan
pulang”.
“Oh, begitu.
Maknanya daerah ini tidak akan ditinggalkan begitu sahaja”, soal Fahim.
“Ya, memang tidak
patut ditinggalkan. Apabila Islam telah bertapak di sini, perjuangan untuk
meneruskan dan memantapkan akan diteruskan. Jika tidak, agama yang suci ini
tidak akan ditegakkan. Generasi akan datang hanya akan mengenali agama ini
dalam sejarah sahaja. Terlalu banyak kepulauan di rantau nusantara kita yang
menerima nasib sebegini. Contohnya di Seribu Pulau, Indonesia. Kehidupan mereka
amat menyedihkan. Penduduk kepulauan yang terpencil hanya Islam pada nama
sahaja. Mereka tidak mengenali langsung apa itu Islam apatah lagi
mengamalkannya. Adakalanya mereka berkahwin dengan pasangan dari agama lain.
Salah siapa ini berlaku? Salah kita. Kita yang mengetahui ini tidak membuat
kerja-kerja dakwah”, sahut Haji Abdul Hamid.
**********************************************************************************
Jihad
mencecahkan kakinya ke air. Terasa air itu suam-suam. Maklum sahaja baru
dipanaskan dek simbahan mentari di sepanjang hari. Warnanya yang begitu membiru.
Jihad hairan. Dari manakah hadirnya warna yang biru itu? Refleksi dari
langitkah? Boleh jadi. Namun dari mana pula hadirnya warna air yang jernih
kehijauan yang begitu banyak kelihatan di Emerald Bay, Pangkor dan sekeliling
Langkawi? Langit tidak pernah berwarna hijau bukan? Ah, Jihad pening memikirkan
perbezaan warna air laut. Air itu dicedoknya dan diangkat, warnanya berubah
jernih. Kebiruan itu hilang.
Jihad meletakkan
pakaiannya di atas batu besar. Kemeja T nya ditanggalkan. Kulitnya yang putih
kuning nampak segar disinari cahaya mentari petang. Bintik-bintik peluh mulai
kelihatan. Dia mencari lokasi yang sesuai lantas menjunam ke air. Batu besar
tempat dia meletakkan pakaian itu nampaknya lokasi yang cantik. Apalagi batu
itu dipanjatnya hingga ke atas. Tangannya didepangkan. Tubuh tinggi lampainya
tampak tegak bagaikan tiang. Dengan pantas dia membuat terjunan ke dalam air
yang jernih bagai kristal itu. Tenggelam tubuhnya ke dalam air hingga ke dasar.
Jihad menyelam dan kemudian timbul semula. Dia berasa puas.
Jihad menyelam
lagi hingga ke jauh ke tengah laut. Banyak karangan hidup terdapat di situ.
Kipas laut dan span begitu banyak. Karang laut berbentuk cendawan
berlapis-lapis dan berwarna-warni. Ikan karang pelbagai warna mengelilingi dan
mendekatinya. Saiz ikan-ikan itu begitu besar. Jihad pernah melihat ikan begitu
semasa membawa ibunya ke Pulau Payar, Langkawi dan Pulau Perhentian,
Terengganu. Namun saiznya tidak sebesar ini. Ikan kakak tua yang paling
menarik, dengan warna biru kehijauan dan palitan kuning. Ikan pelawak yang
lebih dikenali dengan nama watak animasi nemo begitu banyak bermain-main di
celah-celah umbaian anemone laut.
Sungguh indah. Jihad benar-benar teruja sehingga dia tidak menyedari dirinya
begitu jauh melepasi kawasan berpagar.
Sedang asyik
leka memerhati hidupan air itu, tiba-tiba Jihad terasa kakinya disengat
sesuatu. Bisanya menyusup bagaikan terkena renjatan elektrik. Jihad memandang
sekilas. Dia tidak nampak apa-apa kecuali haiwan kecil kehitaman berbentuk
seperti buah rambutan. Ah, landak laut. Jihad disengat landak laut!
Kakinya yang
disengat terasa kejang. Jihad menguak-nguak sebelah kakinya dan tangannya
membawa dirinya ke pantai. Kaki kirinya terasa begitu sakit hingga tidak lagi
dapat digerakkan. Bisanya mula menjalar ke seluruh badan. Jihad terasa pening.
Dia tidak begitu jauh dari pantai namun kesahitan itu begitu memayahkan dia
berenang ke pantai. Pandangannya terasa begitu kabur.
Dari jauh Jihad
ternampak kelibat manusia. Jihad melaung.
“HELP ME!!”
Orang yang
berada di pinggir laut itu segera menoleh ke arahnya. Dia segera terjun ke laut
, berenang mendekati Jihad dan menariknya tangannya menuju ke pantai. Jihad
berenang dengan pandangan yang kabur. Seketika kemudian, sebelah kakinya
mencecah dasar laut. Dia berusaha menguak-nguak tangannya kembali hingga tiba
di pantai. Tiba dipinggir pantai dia
jatuh tersembam di situ. Bisa itu terasa menular di seluruh tubuhnya.
“Don’t panic.
It’s okay. It’s only sea urchin. You’ll be okay”, kedengaran suara seorang
wanita!
Jihad mengalih,
cuba melentangkan tubuhnya. Wanita itu membantu. Jihad mengerang kesakitan. Matanya
dipejamkan.
“Allahu akbar!
Allahu akbar!” ulangnya berkali-kali sambil cuba menggerakkan kakinya yang
kejang. Wanita itu bangun dan berlari ke pokok-pokok renek berhampiran. Dia
menarik beberapa helai daun. Jihad tidak pasti apa yang dilakukannya. Seketika
kemudian dia terasa kakinya dipalit sesuatu. Jihad membuka matanya. Memandang
sekeliling. Kakinya terasa kebas. Kesakitan yang menjalar keseluruh tubuhnya
terasa sedikit berkurangan. Jihad mencari-cari gerangan yang bersuara itu. Dia
mengangkat sedikit wajahnya. Dia terlihat wanita itu di hujung kaki. Memandang
padanya dengan senyuman.
“Are you feeling
okay now”, soalnya sambil tersenyum. Wanita itu sungguh cantik. Tubuhnya
ditutupi pakaian tradisional tempatan. Rambutnya ikal mayang dan panjang hingga
ke pinggang. Ia berwarna kuning keemasan seperti bulu jagung. Rambutnya itu
dihiasi lilitan bunga seperti tiara. Perhiasan bunga-bungaan dikarang juga
menutupi baju di bahagian dadanya. Dia kelihatan basah. Jihad terpana
melihatnya. Seolah-olah seorang bidadari bersimpuh di hadapan matanya.
Jihad tersedar
dari lamunan. Dia segera mengalih pandangan matanya. Jihad mengangguk. Dia
berusaha bangun. Wanita itu mendekatinya untuk membantu. Jihad segera menahan.
“No…no…It’s
okay. I’ll do it myself”
“Are you a Muslim”,
soal wanita itu. Jihad tersintak. Kemudian dia mengangguk. Wajahnya memandang
ke arah lain.
“You stay at
that Yayasan Dalquds building?” soalnya. Jihad mengangguk.
“You want me to
bring you home?” soalnya lagi. Jihad mencuba untuk bangun. Setelah berjaya
mengimbangkan tubuhnya. Jihad cuba melangkah. Dia berjaya melangkah walaupun
terasa sakit.
“I’m okay. Thank you very much. May Allah bless you”,kata
Jihad sambil mengangguk hormat. Dia menapak selangkah demi selangkah. Wanita
itu menurutinya dari belakang. Langkahnya begitu perlahan. Namun diusahakan
juga. Jihad perasan wanita itu tidak meninggalkannya. Dia mengikut langkah
Jihad dari belakang sehinggalah Jihad tiba di kawasan berpagar. Jihad memegang
tiang pagar. Melepaskan lelah di situ. Dia menoleh ke belakang. Wanita itu
memadangnya dengan senyuman. Jihad terpana lagi. Wanita itu sungguh cantik!
Jihad
cepat-cepat mengalih pandangan ke arah lain.
“Thank you”,
ulang Jihad. Wanita itu memusing tubuhnya dan pergi dari situ.
Jihad tunduk.
Sehingga wanita itu jauh darinya. Dia menoleh. Terlihat olehnya pakaian wanita
itu yang agak lengkap berfesyen tradisional. Bajunya yang dihiasi bunga-bunga
dan kain paras betisnya yang berurai manik. Rambutnya yang panjang mencecah
pinggang bersinar keemasan disuluh mentari petang, terbuai-buai ditiup angin.
Siapakah dia? Kenapakah dia kelihatan terlalu cantik? Bagaimanakah dia
mengetahui bahawa Jihad seorang Muslim? Berbagai pertanyaan menghujani
benaknya.
Jihad terus
berlalu ke atas. Kakinya yang sakit itu dihincut perlahan-lahan menaiki tangga
menuju ke bilik. Badannya yang tadi begitu segar mula menjadi dedar. Terasa
seperti mahu demam. Dia merebahkan badannya ke katil. Malam itu Jihad tidak
turun ke dewan makan. Dia demam. Pada mulanya dia mahu merahsiakan tentang
kejadian itu, namun setelah Zaid dan Fahim menekan tanya, dia akhirnya mengaku
juga, namun dia tetap merahsiakan tentang wanita itu.
“Aku dah agak
dah. Mesti ada sesuatu akan berlaku. Aku rasa tak sedap hati sangat masa kau
sebut nak ke laut,”ujar Fahim.
“Cakap pun tak
guna, benda dah jadi. Sekarang ni aku nak minta tolong kau orang berdua ambik
nasi. Aku lapar jugak ni”.
“Kalau Haji
tanya nak cakap apa?”
“Cakaplah aku deman.
Tapi tak payahlah beritahu yang aku kena landak laut. Nanti dia halang kita
semua ke laut. Tak merasalah aku nak menyelam lagi”.
“Dah sakit pun
masih ingat laut lagi?” marah Zaid.
“Kau tak tahu,
memang bestlah dalam laut tu.
Macam-macam spesis ada. Terpukau aku dibuatnya”.
“Yelah.
Terpukau. Nasib baik tak terkubur dalam laut tu”, leter Zaid lagi. Dia
membelek-belek kaki Jihad yang kebiru-biruan. “Lain kali kalau kami tak ada,
kau janganlah pergi. Hari ni landak laut. Esok belut letrik pulak. Minggu depan,
jerung pulak. Macam-macam”.
“Heii… orang ni
kalau berleter mengalahkan mak cik-mak cik”, Fahim menyampuk. Dia segera turun
ke dewan makan mengambil nasi.
“Esok dah kelas
tau. Apa aku nak kata?”
“Kau pergi kelas
aku. Kau bagitau yang aku demam. Kelas tangguh sampai aku sihatlah”.
“Hmm.. okeylah”.
Kelas berakhir
hampir dua jam kemudian. Semua pelajar bergegas keluar selepas mengucapkan
terima kasih kepada Jihad. Jihad memerhati satu persatu pelajarnya keluar.
Elima telah meninggalkan kelas. Jihad melihat Elima dari ekor matanya. Kemudian
matanya mengarah kepada Aukanai’i . Pemuda itu tidak bangun dari kerusinya,
dia memandang Elima hingga gadis itu
hilang dari pandangannya. Sebagai seorang lelaki, Jihad dapat memahami hatinya
melalui gerak lakunya. Jihad memanggil pelajarnya itu.
“Aukanai’i. Come
here please”.
Pemuda itu
tersintak. Dia lantas menoleh kea rah Jihad.
“You call me
Sir?”
Jihad
mengangguk. Aukanai’i segera menuruni platfom menuju ke bawah. Dia melangkah
cepat mendekati Jihad. Jihad melihat keseluruhan bilik itu. Tiada siapa di situ kecuali dirinya dan Aukanai’i. Jihad
memandang pemuda itu dengan senyuman. Aukanai’i kelihatan jauh lebih besar dari
dirinya. Ketinggian Jihad yang hampir enam kaki itu mampu dikalahkan oleh
pemuda yang bertubuh sasa itu. Dia lebih tinggi dan lebih tegap. Namun, dia
seorang yang bersopan.
“Yes Sir.
Anything you wanna ask me?”
“Have a sit
first”, Jihad mempelawa. Aukanai’i menarik kerusi dan melabuhkan duduk di
hadapan gurunya.
Jihad tersenyum
lagi. Aukanai’i kehairanan.
“Why Sir?”
“I want to ask
you a question. But I want you to answer, a truthful answer. Do not hide
anything in your heart”.
Wajah Aukanai’i
berkerut.
“Yes, Sir. I’ll
give you the answer”, ujar Aukanai’i dengan begitu yakin.
“Do you have any
special feeling towards Elima Tino Aroha?” soal Jihad dengan berterus terang. Aukanai’i
tergamam. Dia tersenyum, lantas memandang ke arah lain.
“You said you
wanna give me the truthful answer?’
Aukanai’i lantas
tunduk dan ketawa. Jihad memandang gelagatnya. Dia tidak menjawab. Jihad segera
faham.
“Can I take it
as ‘yes’?”
Agak lama Aukanai’i
termanggu-manggu. Dia kemudiannya mengangguk.
“Have you declared
your feeling toward her?”
Aukanai’i
menggeleng.
“Why?”
Aukanai’i
mengeluh panjang. Riak wajahnya berubah, menjadi sedih.
“No point Sir.
She can’t marry anybody”.
“She can’t?
Why?”
“She is
destinated to be a nun”.
“What do you
mean by ‘destinated’?”
“Well. During
the death of her parents, her grandmother saved her. The church helped her, to
take Elima from her father’s relatives. She is
supposed to be killed by the age of 5 months
because both ethnics claimed that Elima belonged
to them, they quarrelled a lot before they agreed that none
of the ethnics should get her and she should be killed. But then the curch made
some sort of agreement with the temple. They agreed to give Elima to the church, provided that it follows
the terms and conditions. Elima should not marry anybody among Melanesian,
Micronesian and Polynesian. She should live alone till she
dies.
That’s why the church trained her to be a nun”.
“Why can’t a Christian marries Elima?”
“Hmm…It sort of
unfair if the group of people who claimed to
save Elima suddently takes her as their own
people…Well, I don’t know how to explain but the heads of ethnics have already
warned the Christian not to betray the agreement”.
Jihad
mengangguk. Kini dia lebih jelas dengan situasi yang menimpa gadis itu.
“Aukanai’i. Have
you ever prayed to your God to have her as your
spouse?” soal Jihad, menduga.
“Yes, I have.
But even Tiki God stayed in Havaiki without a wife. He created his own wife
using a mound of sand. He left it for three
days, and when he came back, a living woman was developed and he made her his
wife and named her Hina-tu-na-one. I think there’s another ‘Power God’ that
created her when Tiki God left the sand for
three days. I wanna seek His mercy to get Elima. Tiki and his children Atia and
Atuana have less power. I’ve been asking for Elima many years from Tiki God but
it seems that….my pray is never answered” Aukanai’i
berkata dengan sedih.
“Would you like
me to give you one suggestion?”
“Yeah”.
“I will tell you
about a better God. Where you can submit and
pray direct to Him. Without any other creature in between you and Him, and He
will answer your pray directly or indirectly. If your request is good for you
He will grant. Otherwise He will give you something better, something that you
really need, not what you want”.
“But it is sinful to put a trust on other
people’s God”.
“I’m so sorry.
How are you so sure that you’re on the right
path and other people, even the majority that live in China, India and USA are
wrong? As far as religion is concerned, there are no
two right religions. Only one is right. The others are wrong. You must be very
careful in choosing what to believe. Do not simply trust what is already been
practiced by your ancestors. It might be that they were all wrong”. Jihad
menerangkan dengan bersungguh-sungguh. Dari cara Aukanai’i mempertikaikan
Tuhannya itu, Jihad tahu lelaki itu adalah seorang yang rasional.
“Can it be that
all the religions are right?”, soal
lelaki itu. Jihad tersenyum.
“Can it be that
there are two presidents in a country? And both of them have the same opinion,
the same plan and the same style of governing? Never quarrel? Never fight each
other?” soal Jihad pula. Aukanai’i terdiam.
“ Have you ever
heard of any family whose members never disagree which
each other. Not even once”.
“No”.
“Same goes about God. God shouldn’t have any
family. God does not need a family. God shouldn’t have a human behaviour.
God shouldn’t quarrel and take revenge like what
we always heard about most of Paganese God. God must be the most powerful
entity. He needs nobody but He is needed by all creatures. He creates each and
every single thing in this world. That means everything in this world is His
creation. The only creator is Him, alone. The only governor is Him, alone. He
doesn’t need another God for fire, God for Love and God for rain. If he needs a company, that’s mean he is less powerful”, Jihad
memberi ceramah panjang. Aukainai’i terpaku mendengar tutur katanya.
Benar-benar kagum mendengar satu fahaman baharu yang begitu berlainan tetapi
begitu logik.
Sekonyong-konyong
Elima bangun, tangannya ditekup ke mukanya. Dia melangkah pantas menuju ke luar
bilik. Jihad pasti dia menangis. Elima melangkah ke bawah pohon cemara rendang
di luar kelas, tidak jauh dari pantai.
Jihad memandang
ke Margarietta dan Stephanie.
“Why Sir? What
happenned?”
“Please wait. I
need to rectify this..”,Jihad langsung mengikut langkah Elima. Elima berhenti
di bawah pokok. Dia mengesat-mengesat air matanya. Hati Jihad bagai diruntun
untuk memujuknya.
“Elima. Please
listen”, panggilnya. Elima tunduk memandang butir-butir pasir.
“Aukanai’i is
your Muslim brother. He loves you and cares about you”.
“I know. But… I
don’t have any special feeling towards him”.
“Why can’t you
love him? He is a good man”, soal Jihad.
“No, I’ve tried
many times. But I failed”.
“May be one day
you’ll love him”.
“That won’t
happen. I’ve given my heart to somebody else”,
ujar Elima lantas menitiskan air mata semula. “I love you Sir. It has been so
long…” katanya lalu memandang tepat ke wajah gurunya.
Jihad terkelu. Tidak
ada pujukan lagi yang mampu menahan kepedihan hatinya mendengar pengakuan itu.
Dia pasti Elima begitu menderita akibat tindakan dan keputusan yang diambilnya.
“How dare to
pretend not knowing it?” soal Elima, suaranya sedikit meninggi, dia benar-benar
kecewa. Jihad tidak ada pilihan lain.
“Elima, I love
you too”, Jihad akhirnya menyingkap perasaan hatinya. Elima terkesima. Dia
memandang wajah Jihad yang kini tunduk.
“As a teacher?”
soalnya.
Jihad
menggeleng.
“They way Adam
loves Eve”, kata Jihad. Elima terasa bagaikan mimpi mendengar kalimat itu dari
seorang yang benar-benar dicintainya. Dia menyandarkan tubuhnya di pokok.
Kakinya terasa lemah.
“But there’s now
way for us to be together”, pintas Jihad, tegas. “No way”.
“Why?” soal
Elima, sayu.
“I’ve been
telling you many times. Your future is to be with your people. I’m an outsider.
I come here with a very special mission”.
Elima termenung
jauh. Kesedihan menyelubungi hatinya. Namun, pengakuan itu sudah cukup untuk
mengubat segala luka yang ada
“If you really
love me please do this for me”.
“You want me to
marry Aukanai’i?”
Jihad
mengangguk.
“I will do it
for you. Your love gives me strength to go on with my miserable life. I love
you Sir. Very much, I don’t know how to explain it. I’ll do whatever you want
me to do”, Elima bersetuju. Namun air matanya mencurah bagaikan hujan,
membasahi wajahnya yang jelita. Jihad tidak sanggup memandang. Dia tidak mahu
keputusan itu berubah kerana kecintaannya itu. Jihad terus melangkah pulang
tanpa menoleh lagi.
No comments:
Post a Comment