Wednesday, October 6, 2010

DARI BLOG TERDAHULU.

Tuesday, February 16, 2010


Mai La Baca Buku Kami


Salam,


Saya nak promote buku untuk sesiapa yang sangat berminat dengan novel. Novel ni saya karang masa umur kak 18 tahun. Dah lama dah. Lebih kurang 20 tahun yang lalu. tapi saya tengok dalam internet, masih ramai orang yang cari buku saya ni. Saya rasa kesian pada kamu semua. Buku ni dah jarang dijual di pasaran, kalau nak beli adalah secara on-line dengan Dawama.

Sekarang ni saya dah tak menulis lagi sebab tiap-tiap kali nak menulis je, terbayang aje buku ni. Teringat masa pergi Kursus CPCM dulu, speaker tu kata, 'once you created a masterpiece, you'll have difficulty to create a new one'. Ini kira masterpiece jugak le sebab saya hasilkannya dalam masa hanya sebulan. Kalau tak silap sebulan sebelum tu saya buat buku lain bertajuk OPERASI MATRIK, sebuah cerita fiksyen sains. Tarikh, 15.5.1992 -15.6.1992. Lepas tu, bermula 16.6.1992-15.7.1992, saya berjaya siapkan buku KORBAN KASIH. Tajuk asal manuskripnya adalah ' AIR DICINCANG' , tak glamer langsung. DBP komen, tajuk novel tergantung. Dia orang yang tukar tajuk novel tu kepada 'KORBAN KASIH'.

Masa saya buat buku ni, saya buat apa pun tak menjadi. Goreng ikan pun hangit. Saya ni jenis sangat menumpu, apabila saya nak buat sesuatu hanya itu saja yang ada dalam kepala. Sebab tu buat kerja lain tak menjadi. Masa tu saya baru beli typewriter Olivetti Lettera. Kira hebat dah, time tu komputer pun susah nak jumpa.

Sebenarnya saya dan family dah lama menulis. Saya mula menulis dari darjah 3. Saya dan 2 orang saudara kandung pakat-pakat menulis. Tapi hasil karya kami banyak yang terbuang sebab kami tak tahu kat mana nak cetak. Buku hasilan kami sangat banyak. Kami tulis tangan je. Semua dalam buku exercise, 40 pages-120 pages. Bila teringat sekarang ni rasa rugi pula tak simpan hasilan kami.

Tapi alhamdulillah, kami 3 orang semua dah jadi penulis. Kakak saya keluarkan buku novel dengan Galeri Ilmu, tajuk Sedingin Salju Indiana dan Di sini Kita Berteduh. Adik juga keluarkan buku, tajuknya Pohon Kasih . Kalau dapat kamu cari le buku Sedingin Salju Indiana, sangat best, meremang bulu roma bila bacanya.

5 comments:

  1. salam..akak....sy antra yg minat sesgt novel ni....da lbh 10 thn lpas sy bc..berulang2...n sampai lunyai novelnyer sb d pijm org..sgt berkesan d hati..ms sy kecil2(skul rendh) bergn nk jumpa penulis novel ni...n nama akak xpnh sy lupa sampai skrng...1st novel sy bc..thanzz alot kak..=)

    ReplyDelete
  2. salam kak..nak tya.td da try buka dawana, tp xda pun buku korban kasih tu..mcmana nak cari ya?tolong please~~~~

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    Kak Fatim, saya antara ribuan pembaca korban kasih yang sgt bertuah kerana ianya menjadi novel pertama saya di usai 11 tahun (darjah 5)sekarang berusia 26 tahun.
    Ketika itu masih lagi bingung tentang masa depan dan kerjaya. Alhamdulillah...berkat dari inspirasi watak Abang Jalil, saya telah meniti jalan ke arah menjadi seorang Arkitek, dan adik saya seorang Doktor.
    Semoga kehidupan Kak Fatim diberkati Ilahi..Amin.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.....mana boleh saya dapatkan novel ini..ada sesiapa boleh bantu.......first time baca tahun 1997........

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum...ada jual lagi x novel ni.. nak beli..lama da cari...

    ReplyDelete