Wednesday, October 6, 2010

KOMEN DARI INTERNET MENGENAI NOVEL KORBAN KASIH


Pengorbanan. Satu istilah yang sarat dengan pengertian. Namun pengorbanan bukanlah hanya satu istilah semata, ia menaungi pelbagai perasaan. Terkadang orang memandang korban harta, korban masa dan korban tenaga adalah setinggi – tinggi pengorbanan. Silap besar di situ. Kerana korban perasaan sebenarnya adalah lebih memeritkan. Namun, jika pengorbanan itu dilakukan kerana sebuah cinta dan kasih sayang, keperitan itu pastinya akan perlahan-lahan menjelmakan dirinya menjadi gugusan kepulauan kebahagiaan.

Salah satu novel yang benar-benar menyentap perasaan tentang erti pengorbanan adalah novel Korban Kasih, tulisan Fatimah Saidin. Novel ini saya baca buat kali pertamanya adalah ketika saya berumur 13 tahun. Secara jujurnya novel kekeluargaan ini sebenarnya terlalu tragis untuk dihayati. Penulis tidak pernah lekang menitipkan unsur pengorbanan dalam hampir setiap bab. Dalam novel ini, entah apa dosa si anak muda (Jalil) hingga kasih sayang untuknya dipilih-pilih . Namun, menariknya si pemuda itu tetap bertahan walau setiap hari makan hati berulamkan jantung. Entah di mana kekuatan si pemuda itu hingga sanggup melakukan pengorbanan sebesar itu demi sebuah ikatan cinta kekeluargaan. Dia sanggup berkorban untuk si adik-adik yang amat dikasihi. Saya akui, kisahnya terlalu sedih, sebak dan memilukan.

Namun, dalam usia semuda itu, saya sama seperti rakan-rakan lain yang membaca hingga bengkak-bengkak mata melayan perasaan. Seusai membaca novel tersebut, tidaklah pula saya berazam untuk melipatkgandakan kasih sayang terhadap adik beradik. Berhenti sekadar itu. Mungkin kerana faktor ketidakmatangan.
Ketika itu, menangis pun kerana sedih semata. Kerana melayan perasaan. Bukan kerana kesedaran. Mengambil ibrah? Jauh sekali.
Bagaimana jika selepas berbelas tahun membaca novel tersebut, baru sekarang saya mengerti dengan erti kata sebenar tentang mesej pengorbanan dalam kekeluargaan?
Bagaimanakah agaknya jika harus merentasi lautan pengorbanan sedemikian rupa?
Bagaimana kalau harus menghadapinya sekarang?
Ya, sekarang..
Mampukah bertahan?
jj
Buat tazkirah diri yang sudah berdekad bergelar kakak,
halawatul iman.

******************************************************************************

Korban Kasih (Fatimah Saidin)

Mengisahkan tentang seorang ibu yang membezakan kasih sayangnya terhadap anak2. mempunyai lima orang anak. yang paling bertuah dia memiliki sepasang kembar yang bernama Jamil dan Jalil. namun kasih sayangnya dibeza2kan untuk pasangan kembar ini. Kisah dalam novel ini menggunakan watak Fatimah iaitu anak bongsu kepada Norizah sebagai story teller kepada pembaca. Fatimah banyak menyelami isi hati Jalil yang seringkali disisihkan oleh ibunya sendiri. kematian bapanya menyebabkan hubungan ibunya dengan abang kesayangannya bertambah parah. keazaman Jalil untuk meninggalkan kampung dan pulang dengan kejayaan menyebabkan seisi keluarga tergamam dan terharu dengan kejayaannya.
******************************************************************************
Tajuk : KORBAN KASIH

Bil. m/s : 386

Penulis : FATIMAH SAIDIN

Keluaran : DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka)

Sinopsis : Cerita mengenai kekeluargaan. Pilih kasih ibu terhadap anak-anaknya. Perjalanan hidup seorang anak yang berbakti kepada ibunya selepas kematian ayah tersayangnya namun si anak dibuang oleh ibunya sendiri.

Rating : * * * * * (5 bintang)

Komen : Bagi aku novel ni sangat menarik. Lain dari yang lain. Hanya bekisar tentang kasih sayang keluarga. Keakraban adik beradik, pengorbanan ayah untuk menyelamatkan rumah tangga dan usaha si anak untuk meraih kasih dari ibu. sebak jugak aku baca cerita ni. Hehehe
Ehem,iklan kejap.suka untuk kawe iklankan tentang satu tajuk novel ni. Novel ni adalah novel pertama yang menjadi titik tolak untuk kawe baca novel lain. Tapi,dalam banyak novel,novel ni masih lagi novel terbaik pernah kawe baca. Tajuk novel ni 'KORBAN KASIH'.

Penulisnya adalah Fatimah Saidin. Novel ni berkisar tentang kisah kekeluargaan yang mana pengorbanan seorang anak dalam mendapat secebis kasih sayang seorang emak. Jalan cerita dan bentuk ayat yang dirangka oleh penulis seolah-olah penulis itu membayangkan dirinya berada dalam keluarga tersebut. Kawe nak cerita macam tak best,bacalah sendiri!!!kompem leleh air mata punya...

Dua edisi : Edisi pertama di sebelah kiri,edisi k

2 comments:

  1. saya sukaaaaaaaaaaaaaaaaa novel ni..zaman dok asrama tu passing baca,menangis2

    ReplyDelete
  2. Mane nk cari Novel ni..lamenye nk tgu episod baru..nk bli and baca 😭

    ReplyDelete